Saturday, 6 May 2017

Harta Karun.

Alhamdulillah. Tahun ini dapat juga saya jejak ke Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur. Hari pertama PBAKL saya dah pergi. Semalam hari ke-8 pun saya pergi lagi. Padahal sebelam malam tu ada Ujian bagi subjek Fakulti. Saya tetap gigih juga nak pergi. Sanggup lepas habis Ujian RC, balik ke kampung dulu. Esok paginya baru gerak ke KL. Naik pengangkutan awam aje. Alhamdulillah. Allah s.w.t permudahkan setiap urusan itu. [^__^]. Padahal lagi esoknya pun (hari ini, pagi ini) ada Ujian bagi subjek yang lain pula.



Sebahagian harta karun yang sempat saya perolehi di PBAKL 2017. 

Ada lagi di kampung saya tinggalkan. Tak sangka banyak juga saya beli buku. Memang selagi ada duit dalam poket, selagi itulah tarikan nak membeli itu ada. Nasihat saya kepada yang lelain, kalau nak jimat jangan bawa duit tunai banyak sangat. Lebih baik kita senaraikan betul-betul buku yang kita nak beli. Nanti tak adalah terlebih belanja pula.

Tapi kalau dah namanya 'hantu' buku. Memang semua buku kalau boleh nak diborongnya. Hahaha. Seriuslah. Saya tak boleh nak elakkan sesuatu yang berkaitan dengan buku. Tarikan dia sangat kuat. Jika berjalan-jalan di pasaraya besar yang ada kedai buku. Memang kedai itulah yang akan saya luangkan masa berjam-jam lamanya. Sampaikan kakak saya pun dah malas nak tunggu. >__<

Ok. Lama dah tak bercerita di blog ini. Harapnya masih ada yang sudi bertandang ke teratak saya yang makin sepi ini. Maaf sangat. Susah betul nak istiqamah menulis di sini. Huhu.

p/s: Sekejap ajekan dah masuk Bulan Mei. Ramadan pun tak lama lagi..

3 comments:

  1. beli banyak2 buku tu kamu membacanye x? hehe2

    ReplyDelete
    Replies
    1. Insha-Allah, Wak 3 Lalat. Saya sedang usaha membacanya. Hihihi.

      Delete