Thursday 23 November 2023

Lamanya

 Lama juga saya tak update di blog ini.
2 tahun tinggalkan.

Nanti saya cubalah update semula.

Kepada Mashi. Terima kasih sudi singgah sini. [^__^]
Ada blog tak, Mashi?
Kalau ada tinggalkanlah link blog di komen. 
Nanti boleh saya balas jejak. 


Friday 16 July 2021

Apa Khabar?

Apa khabar nasi di daun,
Nasi di talam bagai nak basi,
Apa khabar tinggal setahun,
Tinggal semalam bagai nak mati.

Tetiba teringat Pantun Dalam Novel Tanah Andriyana karya Noor Suraya.

Lama juga tak update blog The Lensa Story.

Apa khabar semua yang pernah bertandang ke sini?
Semoga semua sihat hendaknya.

p/s: Tiada gambar buat peneman entri.

Wednesday 4 September 2019

Melukis

Pada hujung bulan Mac yang lepas saya mula meluangkan masa untuk melukis. Biarpun hasilnya tak seberapa. Tetapi, seronok juga bila dah mula pegang berus lukisan.

Ini antara hasil selepas sekian lama tak melukis. 



Saya banyak rujuk tutorial di Youtube. Dan antara youtubers yang selalu saya rujuk adalah Rahul Tanwar Art dengan JDarts. Ada juga tutorial daripada youtubers yang lain. Tapi, itulah antara artis yang sering saya ikuti cara untuk mewarna latarbelakang dalam lukisan.

Ada masa nak juga lukis ala-ala kekanak ribena ataupun kategori naive art. Naive art ini jika tengok hasil daripada pelukis-pelukis lain semuanya cantik-cantik. Tapi, bila tengok saya punya lukisan. Entah apa-apa ajelah. Hahaha. Maksud Naive art ini secara ringkasnya adalah lukisan yang dilukis oleh pelukis yang tidak mendapatkan pendidikan yang begitu formal terhadap lukisan. Macam sayalah tu. [^__^]



Inilah salah satu lukisan yang saya kategorikan sebagai naive art versi saya. 



Biarpun tak mahir melukis dengan cantik lagi, tapi seronok sebenarnya bila kita dah mula luangkan masa kita dengan warna. Kadang-kadang kita lupa dengan situasi yang sedang kita hadapi itu. Kita biarkan diri kita mengembara sekejap ke dunia warna. 

Bagi saya, melukis ini memang boleh menjadi salah satu terapi untuk diri. Sebab ada suatu masa dengan melukis pun boleh buat perasaan kita jadi tenang dan gembira.

Selepas ini bila ada yang tanya apa hobi saya. Selain saya jawab hobi membaca, saya juga tak akan segan silu untuk katakan melukis juga adalah hobi saya. [^__^]

Rasa makin seronok bila dah selalu melukis. Salah satu sebab saya nak sangat melukis bila saya selalu tengok hasil lukisan Teme. Tapi, lukisan dia dah level tahap dewa-dewa. Hahaha. Memang kagumlah dengan setiap hasil lukisa dia.

Nanti nak carilah juga pen dan pensel lukisan yang sesuai. Melukis guna pen saya belum buat lagi. Setakat ini lukis guna berus lukisan aje. Sebab nak terus mewarna. Tak adanya nak sketch bagai. Hahaha. Bajet pro lah kononnya. >__<

Nak tengok hasil-hasil yang lain? Boleh layari ke instagram saya di sini. https://www.instagram.com/faarihintalip.art/

p/s: Kekadang berangan nak ada galeri seni sendiri. 

Followers