Monday 16 October 2017

Hi! Everyone! Long Time, No See..


Lama tak bersiaran di sini.
Apa khabar semua?
Harap semuanya sihat sentiasa.

Berbulan-bulan dah tak update.
Tak ada idea nak taip apa.
Padahal banyak aje cerita.
Huhu.

Jumpa lagi di lain entri.
Insha-Allah. =)

p/s: Terima kasih kepada yang masih sudi singgah di sini. [^__^]

Saturday 8 July 2017

Salam Syawal 1438H.

Dah 14 Syawal.

Baru nak update blog ini semula.

Aduhai. Kenapa entah payah benar nak aktifkan semula di blog.

Bukan tak selalu online. Selalu aje.

Maaf dah lama tak jengah ke teratak kawan-kawan juga.

Boleh saya ucapkan Selamat Hari Raya lagi? >___<

Selamat Hari Raya. Maaf Zahir dan Batin.
Terima kasih sudi jejak ke blog ini lagi.


Cubaan membuat gaya 'peace' dari si kecil. Umar namanya. Anak menakan yang ke-14.
Rasa dah lama tak ambil gambar macam dulu kala.


*Saya ada buat blog baharu lagi. Sudi-sudikanlah singgah ke sana juga. Catatan Faarihin Talip.

p/s: Asyiklah buat blog baharu. "Blog bukanlah hak milik kekal...", kata Wak Mersing.. Hahaha >____<

Monday 29 May 2017

Jom Free- Writing!

Alhamdulillah, dapat juga membeli e-book terbaru dari Cikpuan Rahmah Mokhtar. Moga kali ini saya rajin berlatih menulis di blog ini. Insha-Allah, harap sangatlah. Huhu. Sebelum ini selalu aje tak menjadi, kan? Sekejap ada. Sekejap tak ada. Macam chipsmore la pula. Hehehe.


https://tuliscerpen101.onpay.my/order/form/freewrite

Yang berminat nak dapatkan e-book ini, boleh klik di sini. Jom Free Writing.
 
Membeli sambil menderma. =)

p/s:
Lama sudah tak blogwalking. Harap saya dapat blogwalking juga. Lama tak menjengah ke teratak kawan-kawan yang lain.


p/s lagi:
Sebenarnya minggu ini tengah study week. Hihihi. Doakan saya rajin studi. >__<

Sunday 28 May 2017

Salam Ramadhan 1438H

Alhamdulillah dah masuk 2 Ramadhan.
Selamat Berpuasa semua.
Semoga Ramadhan kali ini dapat kita manfaatkan dengan sebaik-baiknya.
Insha-Allah. =)



p/s: Lama dah tak edit gambar. Kena berlatih semula ni.. Huhu..

Saturday 13 May 2017

Tulis! Jangan Takut-takut.

Itu tajuk buku daripada Tuan Zamri Mohamad yang terkini. 
Harapnya selepas ini bertambah rajinlah saya nak menulis di sini. [^__^]
 

Minta maaf sangat masih belum berkesempatan nak menjengah ke teratak kalian semua.
Nak kena buat jadual agaknya, baru boleh singgah di blog lama-lama.
Atau pun mungkin kurangkan masa di muka buku?
Huhu.

Terima kasih kepada yang masih sudi singgah ke sini. =)

p/s: Terlalu banyak perkara yang perlu diutamakan.. Kadang-kadang tak tahu nak buat yang mana satu dulu

Saturday 6 May 2017

Harta Karun.

Alhamdulillah. Tahun ini dapat juga saya jejak ke Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur. Hari pertama PBAKL saya dah pergi. Semalam hari ke-8 pun saya pergi lagi. Padahal sebelam malam tu ada Ujian bagi subjek Fakulti. Saya tetap gigih juga nak pergi. Sanggup lepas habis Ujian RC, balik ke kampung dulu. Esok paginya baru gerak ke KL. Naik pengangkutan awam aje. Alhamdulillah. Allah s.w.t permudahkan setiap urusan itu. [^__^]. Padahal lagi esoknya pun (hari ini, pagi ini) ada Ujian bagi subjek yang lain pula.



Sebahagian harta karun yang sempat saya perolehi di PBAKL 2017. 

Ada lagi di kampung saya tinggalkan. Tak sangka banyak juga saya beli buku. Memang selagi ada duit dalam poket, selagi itulah tarikan nak membeli itu ada. Nasihat saya kepada yang lelain, kalau nak jimat jangan bawa duit tunai banyak sangat. Lebih baik kita senaraikan betul-betul buku yang kita nak beli. Nanti tak adalah terlebih belanja pula.

Tapi kalau dah namanya 'hantu' buku. Memang semua buku kalau boleh nak diborongnya. Hahaha. Seriuslah. Saya tak boleh nak elakkan sesuatu yang berkaitan dengan buku. Tarikan dia sangat kuat. Jika berjalan-jalan di pasaraya besar yang ada kedai buku. Memang kedai itulah yang akan saya luangkan masa berjam-jam lamanya. Sampaikan kakak saya pun dah malas nak tunggu. >__<

Ok. Lama dah tak bercerita di blog ini. Harapnya masih ada yang sudi bertandang ke teratak saya yang makin sepi ini. Maaf sangat. Susah betul nak istiqamah menulis di sini. Huhu.

p/s: Sekejap ajekan dah masuk Bulan Mei. Ramadan pun tak lama lagi..

Saturday 1 April 2017

Terima Kasih, Sis Jari Manis.

Alhamdulillah, dah masuk 1 April 2017. Sekejap aje masa berlalu. Dan tak lama lagi bulan Ramadan pun bakal menjelma. Moga sampailah kita ke Ramadan tahun ini. Insha-Allah.

Lama saya tak update blog. Minta maaf sangat. Tak tahu kenapa susah sangat nak luangkan masa di blog. Padahal internet setiap hari aje layan. Moga kali ini rajin kembali nak menulis di sini.

Ini tujuan asalnya update blog hari ini. Dah dapat lama dah. Tapi baru hari ini saya nak maklumkan. Kepada Sis Jari Manis. Terima kasih banyak. Suka sangat dapat cenderamata ni. Terima kasih, masih ingat kepada saya. Harapnya ukhuwah kita sentiasa ada. Insha-Allah. [^__^]

Rajin sungguh sis JM buat kad ni. =)


Dapat key-chain, lagilah saya suka. Terima kasih, sis JM! [^__^]


p/s: Terima kasih juga kepada semua yang masih sudi berkunjung ke blog ini. \[^__^]/

Monday 30 January 2017

Bunga Kertas.


Bunga Kertas. Atau nama lainnya, bougainvillea

Bila jalan-jalan nampak bunga, mesti saya nak rakam.
Tak kiralah apa jenis bunga sekalipun.
Dah lumrah orang perempuan memang suka akan bunga kut. [^__^]

Rajin pula update entri hari ini. Nak blogwalking pulak lah. >__<

The Planning.

I almost forgot about my planning to make this blog as a place for me to practice my English writing. Seem I did not read any English article daily, it is really hard for me to find suitable words to complete my sentence. As time goes by, I already waste my time to practice it frequently.

I'm not sure either I write it right or wrong. Just type what I want to type. But when I don't have any idea. It is really difficult to make any stories. I still want to translate word by word from Malay language. Sometimes the sound really funny. Sometimes the sentences look right but actually it is wrong.

My vocabulary still not enough. I need to push myself to read any English book or article every day. Okay, thats all for this entry. Sorry, if I'm not good enough to write in English. If you want to correct my English. Please to do so. I'm really happy if you can teach me to improve my English. Thank you. [^__^]


A random picture. G3 Lake.

Salah Fokus.



Ada ketikanya kita lebih menumpukan perkara lain terlebih dahulu dengan mengabaikan perkara yang lebih utama tanpa kita sedar. Bukanlah kata perkara lain tidak penting. Tetap penting cuma bukan yang perlu diutamakan. Ada baiknya kita menyenaraikan sesuatu tugasan yang ingin dilakukan. Selepas itu barulah kita tandakan perkara mana yang perlu kita selesaikan terlebih dahulu. Moga dengan cara itu, aktiviti kita akan lebih terancang. Dan tidak akan menjadi alasan kepada kita untuk tidak lagi menyiapkan kerja yang utama pada masa yang ditetapkan.

Peringatan yang lebih kepada untuk diri ini. Semoga setiap urusan selepas ini lebih terurus.
0726:30012017

Saturday 28 January 2017

Tahun Ayam.

Kepada semua pembaca, Selamat Tahun Baru. =)



Ayam batu di TSN.
2110:28012017

Sukarnya.

Agak sukar untuk melakukan sesuatu perkara secara berterusan. Masa buat semula blog ni bukan main lagi semangat dia nak update setiap hari. Tapi bila dah ada blog semula. Nak kekalkan apa yang ingin dilakukan itu sangatlah mencabar. Minta maaf kepada semua rakan-rakan blog. Saya belum lagi berkesempatan nak terjah ke blog yang lain. Perlukan masa dan ruang untuk mengadap blog semula. Nak kena buat jadual agaknya. Huhu. 

Terima kasih kepada semua yang masih sudi berkunjung ke laman blog ini. =)



Gambar kucing batu di TSN.
0801:28012017

Friday 13 January 2017

UTP. 20 Tahun.


Selagi masih diizinkan-Nya. Selagi itulah nama UTP itu akan tersemat di dalam hati. Memang saya tak dapat graduasi untuk program Ijazah di sini. Tetapi Allah s.w.t bagi sesuatu yang sangat bernilai kepada diri ini kerana di sini bermulanya saya mencari sesuatu yang makin 'hilang' dalam diri.

Semoga Allah s.w.t permudahkan perjalanan saya di tempat belajar sekarang dan dapat saya jejakkan kembali ke UTP untuk program Master atau PhD. Insha-Allah.




Selamat ulang tahun UTP yang ke 20 tahun. Semoga terus maju!

Faarihin Talip
Teratak TRFamili
1557:13012017

Sunday 1 January 2017

Welcome 2017!



Alhamdulillah.
Masih lagi diberikan kesempatan untuk bernafas lagi.
Semoga setiap perjalanan itu dipermudahkan-Nya.
Semoga setiap apa yang dicita-citakan itu diperkenankan-Nya.
Semoga tetap teguh dalam mencapai setiap apa yang diimpikan.
Dan semoga azam untuk memperbaiki diri ke arah yang lebih baik
tetap setia seiring dengan penambahan usia.

Insha-Allah. =)

Faarihin Talip
Perpustakaan TTA
1018:01012017

Followers