Saturday, 28 January 2017

Sukarnya.

Agak sukar untuk melakukan sesuatu perkara secara berterusan. Masa buat semula blog ni bukan main lagi semangat dia nak update setiap hari. Tapi bila dah ada blog semula. Nak kekalkan apa yang ingin dilakukan itu sangatlah mencabar. Minta maaf kepada semua rakan-rakan blog. Saya belum lagi berkesempatan nak terjah ke blog yang lain. Perlukan masa dan ruang untuk mengadap blog semula. Nak kena buat jadual agaknya. Huhu. 

Terima kasih kepada semua yang masih sudi berkunjung ke laman blog ini. =)



Gambar kucing batu di TSN.
0801:28012017

Friday, 13 January 2017

UTP. 20 Tahun.


Selagi masih diizinkan-Nya. Selagi itulah nama UTP itu akan tersemat di dalam hati. Memang saya tak dapat graduasi untuk program Ijazah di sini. Tetapi Allah s.w.t bagi sesuatu yang sangat bernilai kepada diri ini kerana di sini bermulanya saya mencari sesuatu yang makin 'hilang' dalam diri.

Semoga Allah s.w.t permudahkan perjalanan saya di tempat belajar sekarang dan dapat saya jejakkan kembali ke UTP untuk program Master atau PhD. Insha-Allah.




Selamat ulang tahun UTP yang ke 20 tahun. Semoga terus maju!

Faarihin Talip
Teratak TRFamili
1557:13012017

Sunday, 1 January 2017

Welcome 2017!



Alhamdulillah.
Masih lagi diberikan kesempatan untuk bernafas lagi.
Semoga setiap perjalanan itu dipermudahkan-Nya.
Semoga setiap apa yang dicita-citakan itu diperkenankan-Nya.
Semoga tetap teguh dalam mencapai setiap apa yang diimpikan.
Dan semoga azam untuk memperbaiki diri ke arah yang lebih baik
tetap setia seiring dengan penambahan usia.

Insha-Allah. =)

Faarihin Talip
Perpustakaan TTA
1018:01012017

Followers