Showing posts with label Kenangan. Show all posts
Showing posts with label Kenangan. Show all posts

Friday, 16 July 2021

Apa Khabar?

Apa khabar nasi di daun,
Nasi di talam bagai nak basi,
Apa khabar tinggal setahun,
Tinggal semalam bagai nak mati.

Tetiba teringat Pantun Dalam Novel Tanah Andriyana karya Noor Suraya.

Lama juga tak update blog The Lensa Story.

Apa khabar semua yang pernah bertandang ke sini?
Semoga semua sihat hendaknya.

p/s: Tiada gambar buat peneman entri.

Friday, 13 January 2017

UTP. 20 Tahun.


Selagi masih diizinkan-Nya. Selagi itulah nama UTP itu akan tersemat di dalam hati. Memang saya tak dapat graduasi untuk program Ijazah di sini. Tetapi Allah s.w.t bagi sesuatu yang sangat bernilai kepada diri ini kerana di sini bermulanya saya mencari sesuatu yang makin 'hilang' dalam diri.

Semoga Allah s.w.t permudahkan perjalanan saya di tempat belajar sekarang dan dapat saya jejakkan kembali ke UTP untuk program Master atau PhD. Insha-Allah.




Selamat ulang tahun UTP yang ke 20 tahun. Semoga terus maju!

Faarihin Talip
Teratak TRFamili
1557:13012017

Followers