Showing posts with label Kehidupan. Show all posts
Showing posts with label Kehidupan. Show all posts

Friday, 16 July 2021

Apa Khabar?

Apa khabar nasi di daun,
Nasi di talam bagai nak basi,
Apa khabar tinggal setahun,
Tinggal semalam bagai nak mati.

Tetiba teringat Pantun Dalam Novel Tanah Andriyana karya Noor Suraya.

Lama juga tak update blog The Lensa Story.

Apa khabar semua yang pernah bertandang ke sini?
Semoga semua sihat hendaknya.

p/s: Tiada gambar buat peneman entri.

Monday, 30 January 2017

Salah Fokus.



Ada ketikanya kita lebih menumpukan perkara lain terlebih dahulu dengan mengabaikan perkara yang lebih utama tanpa kita sedar. Bukanlah kata perkara lain tidak penting. Tetap penting cuma bukan yang perlu diutamakan. Ada baiknya kita menyenaraikan sesuatu tugasan yang ingin dilakukan. Selepas itu barulah kita tandakan perkara mana yang perlu kita selesaikan terlebih dahulu. Moga dengan cara itu, aktiviti kita akan lebih terancang. Dan tidak akan menjadi alasan kepada kita untuk tidak lagi menyiapkan kerja yang utama pada masa yang ditetapkan.

Peringatan yang lebih kepada untuk diri ini. Semoga setiap urusan selepas ini lebih terurus.
0726:30012017

Saturday, 28 January 2017

Sukarnya.

Agak sukar untuk melakukan sesuatu perkara secara berterusan. Masa buat semula blog ni bukan main lagi semangat dia nak update setiap hari. Tapi bila dah ada blog semula. Nak kekalkan apa yang ingin dilakukan itu sangatlah mencabar. Minta maaf kepada semua rakan-rakan blog. Saya belum lagi berkesempatan nak terjah ke blog yang lain. Perlukan masa dan ruang untuk mengadap blog semula. Nak kena buat jadual agaknya. Huhu. 

Terima kasih kepada semua yang masih sudi berkunjung ke laman blog ini. =)



Gambar kucing batu di TSN.
0801:28012017

Sunday, 1 January 2017

Welcome 2017!



Alhamdulillah.
Masih lagi diberikan kesempatan untuk bernafas lagi.
Semoga setiap perjalanan itu dipermudahkan-Nya.
Semoga setiap apa yang dicita-citakan itu diperkenankan-Nya.
Semoga tetap teguh dalam mencapai setiap apa yang diimpikan.
Dan semoga azam untuk memperbaiki diri ke arah yang lebih baik
tetap setia seiring dengan penambahan usia.

Insha-Allah. =)

Faarihin Talip
Perpustakaan TTA
1018:01012017

Followers