Monday, 29 May 2017

Jom Free- Writing!

Alhamdulillah, dapat juga membeli e-book terbaru dari Cikpuan Rahmah Mokhtar. Moga kali ini saya rajin berlatih menulis di blog ini. Insha-Allah, harap sangatlah. Huhu. Sebelum ini selalu aje tak menjadi, kan? Sekejap ada. Sekejap tak ada. Macam chipsmore la pula. Hehehe.


https://tuliscerpen101.onpay.my/order/form/freewrite

Yang berminat nak dapatkan e-book ini, boleh klik di sini. Jom Free Writing.
 
Membeli sambil menderma. =)

p/s:
Lama sudah tak blogwalking. Harap saya dapat blogwalking juga. Lama tak menjengah ke teratak kawan-kawan yang lain.


p/s lagi:
Sebenarnya minggu ini tengah study week. Hihihi. Doakan saya rajin studi. >__<

Sunday, 28 May 2017

Salam Ramadhan 1438H

Alhamdulillah dah masuk 2 Ramadhan.
Selamat Berpuasa semua.
Semoga Ramadhan kali ini dapat kita manfaatkan dengan sebaik-baiknya.
Insha-Allah. =)



p/s: Lama dah tak edit gambar. Kena berlatih semula ni.. Huhu..

Saturday, 13 May 2017

Tulis! Jangan Takut-takut.

Itu tajuk buku daripada Tuan Zamri Mohamad yang terkini. 
Harapnya selepas ini bertambah rajinlah saya nak menulis di sini. [^__^]
 

Minta maaf sangat masih belum berkesempatan nak menjengah ke teratak kalian semua.
Nak kena buat jadual agaknya, baru boleh singgah di blog lama-lama.
Atau pun mungkin kurangkan masa di muka buku?
Huhu.

Terima kasih kepada yang masih sudi singgah ke sini. =)

p/s: Terlalu banyak perkara yang perlu diutamakan.. Kadang-kadang tak tahu nak buat yang mana satu dulu

Saturday, 6 May 2017

Harta Karun.

Alhamdulillah. Tahun ini dapat juga saya jejak ke Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur. Hari pertama PBAKL saya dah pergi. Semalam hari ke-8 pun saya pergi lagi. Padahal sebelam malam tu ada Ujian bagi subjek Fakulti. Saya tetap gigih juga nak pergi. Sanggup lepas habis Ujian RC, balik ke kampung dulu. Esok paginya baru gerak ke KL. Naik pengangkutan awam aje. Alhamdulillah. Allah s.w.t permudahkan setiap urusan itu. [^__^]. Padahal lagi esoknya pun (hari ini, pagi ini) ada Ujian bagi subjek yang lain pula.



Sebahagian harta karun yang sempat saya perolehi di PBAKL 2017. 

Ada lagi di kampung saya tinggalkan. Tak sangka banyak juga saya beli buku. Memang selagi ada duit dalam poket, selagi itulah tarikan nak membeli itu ada. Nasihat saya kepada yang lelain, kalau nak jimat jangan bawa duit tunai banyak sangat. Lebih baik kita senaraikan betul-betul buku yang kita nak beli. Nanti tak adalah terlebih belanja pula.

Tapi kalau dah namanya 'hantu' buku. Memang semua buku kalau boleh nak diborongnya. Hahaha. Seriuslah. Saya tak boleh nak elakkan sesuatu yang berkaitan dengan buku. Tarikan dia sangat kuat. Jika berjalan-jalan di pasaraya besar yang ada kedai buku. Memang kedai itulah yang akan saya luangkan masa berjam-jam lamanya. Sampaikan kakak saya pun dah malas nak tunggu. >__<

Ok. Lama dah tak bercerita di blog ini. Harapnya masih ada yang sudi bertandang ke teratak saya yang makin sepi ini. Maaf sangat. Susah betul nak istiqamah menulis di sini. Huhu.

p/s: Sekejap ajekan dah masuk Bulan Mei. Ramadan pun tak lama lagi..

Followers